Sunday, March 22, 2009

Brunei GuGurkaN tuNtuTan TerHadap Limbang

>>Limbang Sarawak City


KUCHING 17 Mac - Pemimpin parti politik di negeri menyambut baik pengguguran tuntutan ke atas Limbang oleh Brunei Darussalam selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran di Istana Nurul Iman pada pukul 12.05 tengah hari semalam.Menurut mereka, langkah itu akan menjadikan usaha kerajaan memajukan Limbang akan berjalan lancar sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.Selain itu, mereka berpendapat, pengguguran itu juga akan memberi faedah kepada rakyat negara ini yang kerap menggunakan laluan negara berkenaan untuk berurusan.Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan Brunei menggugurkan tuntutan wilayah ke atas Limbang akan memacu pembangunan di kawasan sempadan itu secara lebih terperinci dan teratur.Katanya, pembangunan yang sedang dirancang kerajaan negeri di kawasan berkenaan seperti pembinaan empangan hidroelektrik Sungai Limbang akan memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kawasan."Kita menyambut baik pengguguran itu kerana ia jelas memberi faedah dalam jangka masa panjang kepada penduduk di kedua-dua belah negara," katanya di sini hari ini.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelantikan dan Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Lundu dekat sini.Isu Limbang selama ini meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan dilema kerana wilayah itu agak unik kerana memisahkan dua kawasan daratan di Brunei.

Selain masalah persempadanan darat di Limbang, penemuan sumber baru minyak di kawasan seluas 150 kilometer oleh Petronas turut mencetuskan masalah persempadanan maritim kedua-dua negara berjiran itu.Dengan pengguguran itu, ia menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih kedua belah negara yang berlarutan sejak 1995.Bagi Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dr. James Jemut Masing berkata, beliau mengalukan-alukan tindakan Brunei menggugurkan tuntutan mereka ke atas Limbang.Menurutnya, ia akan memudahkan urusan rakyat negara ini yang kerap keluar masuk ke negara berkenaan untuk berurusan."Ia hadiah terbaik kepada Perdana Menteri kerana beliau berjaya menyelesaikan isu tersebut sebelum beliau bersara."Kami berterima kasih dengan kejayaan Abdullah kerana menyelesaikan isu ini yang jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi hari ini.Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom pula memberitahu, pengguguran tuntutan itu usaha baik dari kerajaan Brunei untuk membina hubungan yang kukuh dengan kerajaan Malaysia.Katanya, rakyat negara ini akan mendapat manfaat yang sewajarnya daripada pengguguran itu yang membolehkan hak mereka untuk menggunakan laluan di negara berkenaan."Jelas ia menunjukkan petanda baik bagi kedua-dua negara dalam membina hubungan yang kukuh serta memberi manfaat kepada negara masing-masing," katanya.


Sumber:http://www.utusan.com.my

0 comments: