Ditulis oleh AZRI ONN |
Jumaat, 30 Oktober 2009 15:18 |
Dengan kemenangan itu, Highway membawa pulang hadiah wang tunai RM300 diikuti naib johan kumpulan Never Again yang memenangi RM200 dan ketiga kumpulan Basing Tanjung meraih RM100.Dalam pertandingan tarian etnik Sabah, johan disandang oleh kumpulan Addat Banan Ka’omboan yang mempersembahkan tarian Daling-Daling untuk memenangi hadiah sebanyak RM400, naib johan Tari Bayu dengan tarian Mengilok meraih RM300 dan ketiga Anggaling Sumayau dengan tarian Limbai mendapat RM250.Kumpulan Addat Banan Ka’omboan turut memenangi hadiah pereka tari terbaik untuk membawa pulang RM100.Sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan muzik akustik manakala tarian etnik Sabah disertai 10 kumpulan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMS, Prof Madya Dr Kassim Mansur.Turut hadir Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Prof Madya Abdul Jamal Abd Hamid, Penolong Pendaftar Kanan PKPP, Azmi Jumat, Penolong Pendaftar Kanan HEPA, Zamri Mohamad Tuah dan Penolong Pendaftar PKPP UMS-KAL, Mas Adi Alimin.Majlis penutupan itu dimeriahkan oleh persembahan koir dan tarian oleh pelajar UMS Kota Kinabalu dan tuan rumah, UMS-KAL.
Tamat.
Kumpulan dari UMS-KAL turut menyertai pertandingan muzik arkustik
0 comments:
Post a Comment